Untitled

Ada sorg gadis hampir kurang siuman di 48 Kelso Gardens

Hidup seorang diri memang amat menguji. Sampai satu tahap dah start cakap sorang2, senyum sorang2, ketawa sorg2, nangis sorang2. Memang tahap sakit mental lah. Kalau sedih siapa tahu. Kalau sakit pun siapa tahu. Kalau gembira pun tiada yg tahu. Adoiyai…

Semalam tiba2 demam panas. Sudah start selsema juga. Nak cakap kat mak, takut nanti mak risau. Nanti mak gelabah2 cakap swine flu. woooo..malas ah. Telan panadol 2 biji. Jumpa pil chi kit teck aun kat laci dapur. Kak Koca punya la kot. Pon bantai telan jugak. Mana2 ubat jumpa semua pakai telan. Jam.

Sampai malam, pun tarak kebah. Telan lagi 4 biji. Nak habis satu papan dah. Last2 malas nak amik tau. Ikut kaulah badan. mahu sejuk, pakai selimut, mahu panas, kita mandi. Sekarang dah start sejuk balik dah. Tak syok ah. nak sidai baju pun tak masyuk…weather macam2 ni lah yg menggalakkan demam nih. Terbaik. Time2 dekat nak exam lah jadi perkara menyeronokkan sebegini.

Sunyi sangatlah duduk sorang. Rumah besar agam. Kalau jerit2 gila, last2 melantun balik keluar gema. Hebatlah. Tak tahan sunyi telefon rumah 6 jam sekali. Hahaha. Tam pun dah malas nak angkat telefon. Angkat telefon tak bagi salam terus cakap, “ni kakcik eh? sat panggil umi”. Ceh, cakap jela malas nak cakap dgn kakcik, straight panggil mak.

Adoi. Hidung pedih hingus asyik meleleh. Semalam tengah pening2 kepala baru nak demam, pg graduation Kak Feza , Kak Ain dgn Kak Syaza. Habis ceremony, berpusu-pusu lah budak2 grad nak ambik gambar. Time tgh nak ambik gambar akak2 nih, tiba2 ada sorg budak mengeluarkan statement racist tahap horror. Ada perkataan2 seperti ‘things on their head’, ‘ugly women’, bla..bla..bla.. Pastu boleh pulak mak budak tu ketawa berdekah-dekah. Menyirap darah beb. Pastu tiba2 senyap. Akak2 tu bantai lak kutuk dorg dalam bahasa melayu. Pastu dorg pun ketawa berdekah-dekah. Makcik tu and anak beliau pandang semacam je, muka memang benganglah. Kak Syaza kata, “padan muka, bajet kitorg tak faham bahasa inggeris ke makcik? ” Saya senyap. Kepala pening. Malas layan manusia racist. Saya lalu tepi makcik tu, senyum pastu jalan. Lantak makcikla nak ingat sy tak faham english ke ape. Lepas ni insya Allah kita takkan jumpa lagi dah. Settle.

2 3 hari sebelum semalam pun terkena benda yg sama jugak.Baru habis shopping kat Morrison. Beli brg rumah, konon nak masak. padahal dapur langsung tak berasap. Time nak hantar trolley balik, masa nak kuarkan 1 pound dlm lubang kecik troley tu, duit tiba2 tak nak keluar. Lantas sy pon tolak2 sikit, nak keluarkan duit sbb kalau tak takleh nak kunci dgn trolley yg depan, kunci tak nak masuk. Tiba2 ada sorg pakcik sebelah cakap kat family beliau, “she must be extremely poor, struggling over one pound” Fuuuuuhhhh….sedap ah. Satu family beliau ketawa bagai nak rak. Orang2 yg lalu lalang yg dgr statement tu pon gelak. Pastu baru perasan, semua mata tertumpu dekat sy. Tak tau mana nak letak muka. Tiba2 duit one pound tu boleh lak keluar. lepas angkat barang2, sy panggil anak pakcik tu. Time ni bapak dia dah jalan ke depan. Sy kasi duit satu pound tu and cakap ” go buy some sweets for your dad”. Pastu sy jalan.

Budak tu lari2 anak kejar bapak dia. Sy pusing belakang. pakcik tu tgh tgk dgn muka yg bengang. merah padamlah muka dia. Macam baru telan beer satu tong. Tapi nasiblah pakcik, sy dah jalan laju kat depan. tak sempat pakcik nak kejar. Ikut pakciklah nak bajet sy miskin pon. Insya Allah sampai mati pun kita takkan berjumpa lagi.

Last week dgn minggu ni boleh diisytihar sbg minggu racist sedunia. Tak tahu kenapa tapi memang banyaklah peristiwa hitam yg berlaku. Last week jadi babysitter kejap jaga baby kak Hajar. Time bawak baby jalan2 kat Hyde Park tiba2 kena baling botol dengan budak2 remaja yg nampak mcm kurang bijak di sekolah. Sy kutip botol, bagi balik kat dorg. Macam bajet dorg terjatuhkn botol2 tu. Pastu dorg baling2 lagi. Sakit tu. Baling dr jarak dekat. nasib baik tak kena baby. Budak kecik baru 2 bulan, mana tahan. Nasib baik lepas tu ada sorg pakcik Arab, dtg tegur budak2 tu. Dia kata sesuatu yg berbunyi mcm “hoi budak, kenapa korang serang perempuan ni dgn anak dia?? nak sy report polis ke?” Something yg mcm tu la. Budak2 tu semua lari cam nak kencing dalam seluar. Malas nak continue jalan2. terus balik rumah.

Super homesick tak tahu nak describe mcm mana. Kat Malaysia mana ada org baling botol, kutuk kita miskin, bla..bla..bla.. Haih. Sakit jiwa. Hidup solo menyakitkan jiwa. Rasa macam cicak tersepit kat dalam kotak letrik pastu mati terkena renjatan elektrik pula. Superb.

Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Hujan batu at least ice, nanti cair. Hujan emas nanti semua mati, kena hempuk dgn emas atas kepala. Cantik. Memang bijak datuk nenek kita yg mencipta pepatah ni.

Ok. Nak nyanyi lagu hurry2 home pastu nak cakap sorg2 balik.

25 July 2009


Comments (View)
blog comments powered by Disqus